Mutiara Kata
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab"

Misi Visi

Visi

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

Misi
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakn dengan jayanya:

-Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
-Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
-Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
-Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
-Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
-Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Falsafah
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digemblengkan seccara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.